Friday, 10 February 2012



kelayakan-kelayakan untuk memasuki bidang teknologi automotif adalah seperti berikut dan peluang kerjaya dalam bidang automotif adalah seperti dibawah...

kemudahan-kemudahan kursus seperti makmal automatic tranmission,makmal engine dyno,makmal diesel calibration machine,makmal amali,makmal rekabentuk,makmal autotronik dan makmal kalibrasi semua lengkap ada di sini....
atau anda semua boleh mendapatkan maklumat berkenaan Automotif atau pun Adtec di laman web ini http://www.adtecmlk.gov.my/dta.php?lang=mas




Kelayakan
Kelayakan kemasukan (program 3 tahun)
  • Lulus SPM atau setaraf dengannya dengan kepujian dalam Matematik/ Matematik Tambahan, Sains/ Fizik, subjek teknikal (bidang berkaitan) dan Bahasa Malaysia serta lulus Bahasa Inggeris
Kelayakan kemasukan (program 2 tahun)
  • Lulus SPM atau setarafnya dengan kepujian dalam Matematik/ Matematik Tambahan, Sains/ Fizik, subjek teknikal (bidang berkaitan) dan Bahasa Malaysia serta lulus Bahasa Inggeris.
  • Mempunyai SKM Tahap 2 (JPK) dalam bidang: A11-Automotif (NOSS P-115-2: Mekanik Kenderaan Bermotor)

Kerjaya
Peluang pekerjaan bidang ini terdapat dalam sektor Automotif seperti;
  • Eksekutif/ Juruteknik di kilang pengeluaran kereta.
  • Eksekutif/ Juruteknik di pusat servis kereta
  • Tenaga pengajar mahir di pusat-pusat latihan automotif
  • Eksekutif/ Juruteknik di dalam sektor pengedaran dan pengimportan kenderaan.
  • Usahawan pembuat/ vendor komponen.
Selari dengan kepentingan negara yang digariskan dalam salah satu Objektif Dasar Automotif Negara iaitu untuk menggalakkan penyertaan yang kompetetif di dalam sektor pembuatan, pengedaran dan pengimportan kenderaan serta di dalam pembuatan komponen graduan dalam bidang ini, dijangka tidak akan menghadapi masalah dalam mendapatkan pekerjaan.

No comments:

Post a Comment